Daripada Aisyah r.ha., beliau berkata: “Jika Rasulullah s.a.w mengeluh kerana sakit dia akan dijampikan oleh Jibril a.s seraya membaca:
“Dengan nama Allah, Tuhan yang membebaskan daripada segala penyakit, dan daripada kejahatan pendengki apabila berdengki dan daripada kejahatan makhluk lain.”
Aisyah r.ha. juga berkata: “ Rasulullah s.a.w melindungi sebahagian mereka dengan mengusapnya dengan tangan kanannya dan membaca:
“Hilangkanlah penyakit ini wahai tuhan manusia dan sembuhkanlah kerana Engkau Maha Menyembuhkan, tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhanMu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.”
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Uthman bin Abu al-A’sh bahawa beliau mendatangi Nabi s.a.w dan berkata : “Aku menderita sakit yang hampir membinasakanku.” Rasulullah s.a.w. memjawab: “Usaplah dengan tangan kananmu sebanyak tujuh kali dan bacalah:
أَعُوذُ بِعِزَّةِ اللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّمَا أَجِدُ
Lalu aku melakukan hal tersebut hingga menyembuhkan penyakit yang menimpaku. Sampai sekarang aku masih tetap menyuruh keluargaku dan orang lain untuk membacanya.”
Post a Comment