suraya muhamad zainol

PERMATA INSAN bakal melahirkan ilmuan dan pemikir islam yang agung berteraskan al-Quran dan as-Sunnah seperti Ibn Sina, Al-Khawarizmi, Al-Farabi dan ramai lagi.

Melalui PERMATA INSAN, ia akan melahirkan pelajar yang berorientasikan al-Quran yang mampu membangunkan tradisi keilmuan Islam yang terbilang sesuai dengan persekitaran dan teknologi baru, kukuh dengan penghayatan nilai Islam yang mampu memberi sumbangan kepada masyarakat, Negara dan dunia sejagat dan memartabatkan al-Quran dan memandu masyarakat menghayati dan mengamalkan al-Quran dalam kehidupan mereka.

Disamping itu, pelajarnya mampu menjadi ilmuan agama, tenaga professional,teknokrat dan saintis yang memahami, menghayati dan mengaplikasikan al-Quran sebagai pandangan hidup.
suraya muhamad zainol

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



“Ya Allah,sinarilah hatiku dengan cahaya hidayahMu sebagaimana Engkau telah menyinari bumi dengan cahaya matahariMu.Wahai Zat Yang Maha Membuka lagi Maha Mengetahui, bukalah pintu hatiku dalam waktu yang dekat, Wahai Zat Yang Maha Membuka lagi Maha Mengetahui”
suraya muhamad zainol

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


“Ya Allah, tunjukkanlah aku pada akhlak yang paling baik, kerana sesungguhnya tidak ada yang dapat menunjukkan kepadanya selain Engkau. Dan jauhkanlah aku dari keburukan akhlak kerana sesungguhnya tidak ada yang dapat menjauhkannya melainkan Engkau”
suraya muhamad zainol
“Kami memasuki pagi ini dan kekuasaan itu milik Allah, keagungan dan kebesaran, penciptaan dan urusan semuanya , malam dan siang , dan apa yang terdapat dalamnya milikNya,tiada sekutu bagiNya. Ya Allah! Jadikanlah permulaan hari ini kebaikan, pertengahannya kemenangan dan hujungnya kejayaan. Aku memohon kepadaMu kebaikan dunia ini wahai Yang Maha Mengasihi.”


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



suraya muhamad zainol

Daripada Aisyah r.ha., beliau berkata: “Jika Rasulullah s.a.w mengeluh kerana sakit dia akan dijampikan oleh Jibril a.s seraya membaca:

“Dengan nama Allah, Tuhan yang membebaskan daripada segala penyakit, dan daripada kejahatan pendengki apabila berdengki dan daripada kejahatan makhluk lain.”

Aisyah r.ha. juga berkata: “ Rasulullah s.a.w melindungi sebahagian mereka dengan mengusapnya dengan tangan kanannya dan membaca:

“Hilangkanlah penyakit ini wahai tuhan manusia dan sembuhkanlah kerana Engkau Maha Menyembuhkan, tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhanMu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.”

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Uthman bin Abu al-A’sh bahawa beliau mendatangi Nabi s.a.w dan berkata : “Aku menderita sakit yang hampir membinasakanku.” Rasulullah s.a.w. memjawab: “Usaplah dengan tangan kananmu sebanyak tujuh kali dan bacalah:

أَعُوذُ بِعِزَّةِ اللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّمَا أَجِدُ

Lalu aku melakukan hal tersebut hingga menyembuhkan penyakit yang menimpaku. Sampai sekarang aku masih tetap menyuruh keluargaku dan orang lain untuk membacanya.”
suraya muhamad zainol

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Begitu banyak khilaf yang kulakukan, aku begitu hina dimatamu, namun hanya padamu tempatku bermohon, aku perlukan bimbingan agar dapat menjalani kehidupan dengan penuh keberkatanMu.
suraya muhamad zainol
“Ya Allah, engkau adalah tuhanku.Tiada tuhan melainkan engkau.Engkau ciptakan daku dan aku adalah hambaMu serta mengikuti ketentuan dan janjiMu sedaya yang ku upaya. Aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan yang ku lakukan. Aku mengakui besarnya nikmatMu terhadapku, dan aku akui dosaku, kerana itu ampunilah daku, kerana sesungguhnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa kecuali engkau”


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

suraya muhamad zainol

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan amal perbuatan yang dapat menyampaikan aku kepada cintaMu. Ya Allah jadikanlah cinta terhadapMu lebih aku cintai daripada cintaku kepada diriku sendiri ,keluargaku dan kepada air yang sejuk"
suraya muhamad zainol

video

i luv u all
suraya muhamad zainol

Kekasih.
Engkau yang pertama dan terakhir dalam hidupku,
Tiada yang dapat menggantikanmu,
Dikala suka dan duka kau hadir menemaniku
Menjadikan diriku tabah dan kuat,
Dalam menghadapi kehidupan yang kau redhai,

Kekasihku,
Kau kuatkanlah keimanan dan ketakwaanku kepadamu,
Kau peliharalah diriku dalam pelukkan islam dan imanmu,
Agar ku mampu memelihara dan menjaga kemurniannya
Agar ku sentiasa tunduk dan patuh kepadamu
Agar ku sentiasa didalam lingkungan rahmatmu..

Wahai kekasihku…….Ya Rabbul A’lamin…
suraya muhamad zainol

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


kecantikan datang bukan pada rupa tapi pada hati. Hiasan pada wajah tidak mencerminkan nilai sebenar hati seseorang itu.