suraya muhamad zainol

PERMATA INSAN bakal melahirkan ilmuan dan pemikir islam yang agung berteraskan al-Quran dan as-Sunnah seperti Ibn Sina, Al-Khawarizmi, Al-Farabi dan ramai lagi.

Melalui PERMATA INSAN, ia akan melahirkan pelajar yang berorientasikan al-Quran yang mampu membangunkan tradisi keilmuan Islam yang terbilang sesuai dengan persekitaran dan teknologi baru, kukuh dengan penghayatan nilai Islam yang mampu memberi sumbangan kepada masyarakat, Negara dan dunia sejagat dan memartabatkan al-Quran dan memandu masyarakat menghayati dan mengamalkan al-Quran dalam kehidupan mereka.

Disamping itu, pelajarnya mampu menjadi ilmuan agama, tenaga professional,teknokrat dan saintis yang memahami, menghayati dan mengaplikasikan al-Quran sebagai pandangan hidup.
suraya muhamad zainol

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



“Ya Allah,sinarilah hatiku dengan cahaya hidayahMu sebagaimana Engkau telah menyinari bumi dengan cahaya matahariMu.Wahai Zat Yang Maha Membuka lagi Maha Mengetahui, bukalah pintu hatiku dalam waktu yang dekat, Wahai Zat Yang Maha Membuka lagi Maha Mengetahui”
suraya muhamad zainol

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


“Ya Allah, tunjukkanlah aku pada akhlak yang paling baik, kerana sesungguhnya tidak ada yang dapat menunjukkan kepadanya selain Engkau. Dan jauhkanlah aku dari keburukan akhlak kerana sesungguhnya tidak ada yang dapat menjauhkannya melainkan Engkau”